Suplemen Untuk Ibu Bekerja

By Zahirah Dzahir - 4/08/2014 09:42:00 PTG


Assalamualikum


Petikan daripada Majalah iSihat, April 2013, Muka Surat 49.

Suplemen Untuk Ibu Bekerja

Ramai yang masih kurang arif tentang khasiat suplemen & keperluan mengambilnya. Ada yang menyangka dengan hanya mengambil suplemen boleh kurus, lebih sihat, cantik & awet muda tanpa perlu bersenam & menjaga pemakanan. Suplemen sebenarnya perlu diambil bagi menangani masalah pencemaran & pengambilan pemakanan segera & tidak teratur dikalangan masyarakat kita hari ini.

Pakar diet Amerika mengesyorkan bahawa setiap hari, anda harus memakan:
> 3-5 sajian sayur-sayuran
> 2-4 sajian buah-buahan
> 2-3 sajian jika susu, yogurt & keju
> 2-3 sajian daging, ayam, ikan, telur atau kekacang
> lemak, minyak & gula atau manisan secara sederhana

Menurut Dr. Bruce Miller dalam Better Health Series (beliau juga pengarang buku terlaris The Nutrition Guarantee & pakar pemakanan bertauliah di sebalik Better Health Series yang terkenal tentang pendidikan pemakanan), walaupun jika anda mematuhinya dengan teliti kepada saranan di atas, anda mungkin menghadapi 3 masalah.

Pertama adalah sukar untuk mendapatkan jumlah vitamin C daripada diet. Kedua, jumlah yang diperlukan (seperti vitamin E) untuk petlindungan daripada beberapa penyakit adalah mustahil untuk mendapatnya daripada diet biasa. Ketiga, sesetengah nutrien (minyak daripada ikan air sejuk) bukan yg utama dalam diet biasa kita.

Oleh itu, menambah pemakanan tambahan kepada gaya hidup anda adalah sememangnya diperlukan. Apatah lagi bagi kebanyakan para ibu bekerja terikat dengan masa untuk memasak yang akhirnya terpaksa membeli makanan atau membawa keluarga makan di luar.

Suplemen memberikan khasiat yang tidak dapat diperoleh daripada pemakanan kita seharian. Anda mungkin merasakan diri sihat tanpa suplemen namun hanya yang telah mengambil suplemen sahaja akan merasakan kelainannya.

Secara minimum bagi seseorang memulakan program pemakanan harus terdiri daripada pengambilan suplemen multivitamin/mineral & protein.

Kemudian, berasaskan keperluan & gaya hidup anda, tambah vitamin C, B kompleks & vitamin E.

Walau bagaimanapun, ingat bahawa suplemen dietari tidak menggantikan makanan. Cara terbaik untuk memperoleh kesihatan yang baik ialah makan dengan cara sihat.

Apa bezanya Shaklee?
Seseorang ibu sudah pasti ingin memberikan yang terbaik & asli buat keluarga & diri agar kekal sihat & ceria untuk menjaga keluarganya. Ramai yang sering bertanya Apa lebihnya Shaklee dari yang lain? Shaklee sering menekankan "The Shaklee Different" ~ Sentiasa Selamat, Sentiasa Berkesan & Sentiasa Mesra Alam. Setiap produk yang dikeluarkan daripada suplemen, isi rumah & juga kecantikan, semuanya sentiasa selamat digunakan kerana bersumberkan bahan semulajadi yang mesra alam sesuai dengan tubuh manusia. Ia juga sentiasa berkesan kerana telah menjalani uji kaji & mempunyai bukti sains yang kukuh yang dibukukan didalam jurnal-jurnal perubatan.

  • Share:

You Might Also Like

0 orang berborak di sini!