SOS LADA HITAM BERCENDAWAN & DAGING MASAK HITAM NASI KANDAR- Resepi Mamak Haji

By Zahirah Dzahir - 4/19/2014 02:03:00 PTG

resepi dari MAMAK HAJI..


SOS LADA HITAM BERCENDAWAN/ BLACK PEPPER SAUCE WITH MUSHROOM.

Bahan-Bahan untuk Sos Lada Hitam/ black pepper sauce.

1 ulas bawang putih diketuk dan dihiris halus.
1/2 biji bawang besar. Dihiris dadu.
2 biji cendawan butang dalam tin dhiris.
2 sudu besar minyak masak.


Cara:
Panaskan minyak masukkan bawang putih, bila baunya naik, masukkan pula bawang yang dipotong dadu. Layukan (saut) sehingga baunya naik. Masukkan cendawang butang yang telah basuh. Layukan dalam 1 minit. Angkat bahan-bahan ini. Bila sejuk kisar dengan sedikit air dan tepikan. 
Bahan untuk kuah
1 sudu besar butter.
2 sudu besar tepung gandum.
125 ml susu dalam kotak (1/4 -1/2 kotak kecil cukup).
2 cawan air chicken stock. ( kalau malas nak buat gunakan 1 kiub stok segera dengan 1 1/2 cawan air).
2 sudu besar serbuk kasar lada hitam.
1 sudu kecil kicap kramel /kicap pekat mee (terpulang kehitaman sos kehendaki).
1 sudu kecil sos tiram.
1 sudu besar tepung jagung di cairkan dgn 2 sudu besar air. (sukatan air bancuhan untuk bila masukkan tepung suhu sos tak jatuh dan tak bergentel sos.
2 biji cendawan butang dihiris.

Cara:
1. Panasakan kuali, masukkan butter, bila butter mula cair masukkan tepung sedikit demi sedikit dengan cepat (butter jangan terbakar). Hanguskan tepung dengan sentiasa kacau dengan api kecil. Bila warna coklat gelap, masukkan susu dan kacau. Jangan sampai ia bergentel. Jadikan ia pes yang licin.
2. Bila susu mula mendidih masukkan air stok. Kacau supaya ia tak bergentel.
3. Bila sos mula mendidih kembali masukkan pes bawang, putih, bawang dan cendawan yang telah sediakan awal. Masukan lada hitam, kicap pekat, cendawan yang telah hiris dan sos tiram. Rasa sos anda kalau masin tambahkan sedikit gula..kalau kurang masin baru tambah garam.
4. Biarkan sos anda mendidih, masukkan bancuhan tepung jagung dan kacau sos sehingga kepekatan yang anda kehendaki. kalau pekat sangat tambah sedikit air panas.
 
Harus ingat kalau sos ini sejuk ia bertambah pekat. Jadi anda laraskan kepekatan sos ini. Selamat mencuba.

                                                   
------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Daging Masak Itam Nasi kandar Pulau Pinang.


Bahan-bahan :

1 kg Daging (dipotong hiris mengikut urat daging jadikan 14 keping).
2 biji Bawang labu besar belah dua baeang memanjang , dihiris memanjang untuk semua masakan nasi kandar) .
100 gm Rempah kari Daging ( dari bungkusan 250gm).
1/2 sudu kecil (tsp) serbuk Jintan Putih.
1/2 sudu kecil Serbuk (tsp) Jintan Manis
1/2 sudu kecil (tsp) Serbuk Kas-kas ( tidak kemestian).
1 sudu kecil (tsp) Garam Masala.
100gm Cili Giling (tersedia jual) atau mengikut kepedasan anda inginkan.
4 sudu besar (tbsp) sos cili.
2 sudu besar (tbsp) sos tomato.
1 sudu besar (tbsp) gula pasir.
7 sudu besar (tbsp) Kicap Pekat Mee (tamim amat sesuai) atau sesuaikan warna yang dikehendaki. Sekiranya kuantiti masakan yang besar gunakan kramel kicap (kramel tidak punyai kemasinan).
Garam secukup rasa.

Bahan untuk kisar / Tumis:
2 biji bawang labu besar dikisar dan asingkan ia digunakan sebagai kuahnya)
2 sudu besar pes halia bawang putih.
1 batang serai di ketuk di pangkal.
2 helai daun pandan di potong 3" .
2 tangkai daun kari.
2 kpg. Kayu manis is + 5 buah pelaga + 4 bunga lawang + 8 cengkih.
2 senduk Minyak masak.

CARA PENYEDIAAN:

1. Bersihkan daging dan rebus daging sehingga empuk (cuba carikan daging sekiranya senang dicarik ; daging telah lembut dan sedia). Sekiranya menggunakan daging segar, daging ini tidak perlu direbus dahulu.Tentukan air rebusan daging tidak dibuang. Paras air daging semasa rebus perlu diberi perhatian, jangan sampai daging hangus kerana paras air yang terlalu rendah. Simpan air daging (stok) ini untuk jadikan kuahnya.

2. Panaskan kuali dan masukan minyak masak. Apabila minyak panas, masukan campuran kayu manis, Buah pelaga, cengkih, bunga lawang , daun pandan, dan serai. Goreng hingga ramuan ini mula keluarkan bau harum.

3. Masukan hirisan bawang kacau sehingga warna hirisan bawang bertukar keemasan.

4.Masukan pes halia bawang putih , dikuti dengan bawang kisar. Tumis sehingga bahan-bahan ini keluarkan bau harum.

5. Masukan bahan kisar cili /cili giling kacau rata atau serbuk cili. Selepas 3-4 minit masukkan air rebusan daging dan daging. Kacau rata.

6. Masukkan serbuk kari , sebuk jintan putih, jintan manis, kas-kas, garam masala.

7. Masukkan serbuk kari, Jintan Putih, jintan manis , kas-kas dan kicap pekat mee. Kacau rata dan biarkan mendidih sehingga kuahnya menjadi pekat.

8. Kecilkan api dan masukan 1 sudu besar gula pasir. Masukan garam secukup rasa (awas dengan kemasinan kicap tersedia ada). kacau rata. padamkan api. Keluarkan dari kuali dan hidangkan. Taburkan daun pudina dan bawang goreng di atas dan sedia untuk hidangan. 
Selamat mencuba.
Hidangan untuk : 10 orang

kredit facebok Mamak Haji


  • Share:

You Might Also Like

0 orang berborak di sini!