Pengambilan Ubat-ubatan Semasa Menyusu Bayi

By Zahirah Dzahir - 4/26/2014 03:55:00 PTG

Assalamualaikum..


Adalah penting bagi ibu-ibu yang menyusukan bayi supaya lebih berhati-hati apabila menyusukan bayi mereka sekiranya waktu yang sama mereka juga mengambil ubat.Kebanyakan ubat-ubatan dirembes keluar melalui susu ibu dalam kuantiti yang sangat rendah. Sungguhpun demikian, ia masih boleh menimbulkan masalah kepada bayi.

Pada masa ini  terdapat pelbagai jenis ubat-ubatan dipasaran yang sesuai digunakan oleh mereka sebagai alternatif untuk menyusu bayi mereka. Sekiranya ibu dinasihatkan agar berhenti dari menyusukan bayi mereka semasa pengambilan ubat, mereka boleh meminta nasihat dan pandangan dari para doktor untuk mengambil ubat lain yang sesuai digunakan semasa penyusuan bayi.

Ubatubatan Yang Selamat Digunakan Semasa Menyusu Bayi

* Ubat-ubatan yang digunakan untuk kegunaan luar sahaja seperti krim atau losyen untuk kulit, aerosol atau ubat mata, hidung atau telinga.

* Agen anestetik dan juga ubat penahan sakit yang digunakan selepas sesuatu pembedahan dijalankan

* Suntikan imunisasi untuk ibu-ibu termasuk suntikan yang menggunakan virus hidup yang dilemahkan seperti ‘German measles’, Hepatitis A dan B

Cara Kurangkan Pendedahan Pengambilan Ubat Terhadap Bayi Anda


* Pilih cara merawat penyakit yang tidak melibatkan penggunaan ubat-ubatan. Contohnya ubah tabiat pemakanan (diet) anda sekiranya anda sembelit, gunakan ais atau haba untuk sebarang kecederaan daripada mengambil ubat penahan sakit atau menggunakan kaedah wap apabila mengalami sinusitis daripada menggunakan dekongestan (pemecah lendir).

* Pilih ubat yang mendatangkan kesan yang paling minimum kepada bayi, contohnya gunakan lozenges (gula-gula berubat dan berangin) dan ubat kumur dari menggunakan ubat batuk

* Dapatkan nasihat dari doktor atau ahli farmasi sebelum menggunakan sebarang ubat-ubatan.

* Berhati-hati apabila menggunakan teh herba, ubat-ubatan herba dan vitamin atau mineral tambahan memandangkan kebanyakan daripada produk ini mengandungi ubat dan bahan kimia yang tidak diketahui sumbernya. Dapatkan nasihat ahli farmasi sebelum menggunakannya

* Pilih produk yang mengandungi satu bahan aktif sahaja daripada produk yang diperbuat dari kombinasi pelbagai jenis bahan aktif. Ini bagi memudahkan proses pemantauan kesan ubat ke atas bayi-bayi yang menyusu.

* Elakkan mengambil ubat-ubatan yang mempunyai jangkamasa tindakan yang lama. Contohnya, pengambilan ubat yang perlu diambil setiap 12 hingga 24 jam. Adalah lebih mudah untuk mengatur masa pengambilan ubat dan penyusuan bayi sekiranya ubat-ubatan bertindak untuk jangkamasa. Susukan bayi sebelum mengambil sebarang ubat kerana pada waktu ini kepekatan ubat dalam tubuh adalah paras minima.

* Ambillah ubat sejurus sebelum waktu tidur bayi.

* Sekiranya anda mengambil ubat dan menyusukan bayi, harap perhatikan sebarang tanda-tanda luar biasa pada bayi. Contohnya, ketidakselesaan, waktu tidur yang terlalu lama, cirit birit dan ruam.

Jadi...

* Dapatkan nasihat daripada doktor atau ahli farmasi sebelum mengambil sebarang ubat (termasuk aspirin) dan pil vitamin atau galian.

* Jangan mengambil sebarang ubat tradisional tanpa saranan daripada doktor atau ahli farmasi

* Dapatkan maklumat yang boleh dipercayai sebelum menghentikan penyusuan bayi. Adalah sukar untuk menyusukan semula bayi yang telah dihentikan penyusuan terutamanya jika bayi masih terlalu kecil.

Note

* Jika ubat tidak memasuki aliran darah, maka ia tidak memberi kesan terhadap penyusuan bayi

* Jika sebarang ubat didapati memasuki aliran darah tetapi tidak dikumuhkan melalui susu ibu, ia adalah selamat untuk bayi

* Jika sebarang ubat dikumuhkan ke dalam susu ibu tetapi dimusnahkan di dalam perut bayi, ia masih selamat untuk digunakan

* Sekiranya ubat itu memasuki aliran darah bayi, ia mungkin mendatangkan kesan yang kurang baik pada bayi. Oleh itu, dapatkan maklumat berkaitan kesan sampingan ubatan yang diambil dan mungkin dialami oleh bayi. Jika terdapat kesan sampingan tersebut, dapatkan nasihat doktor mengenai ubat alternatif yang boleh diberikan.
 

selalunya vitamin vitamin ni lebih bagus jika kita ambil dari sumber makanan, tetapi sekarang semua nak mudah dan cepat. Sesetengah para ibu yang menyusu ni lebih senang mengambil supplemen tambahan, mudah katanya.
Jadi, shaklee juga ada vitamin yang sesuai untuk ibu2 yang menyusu bayi..klik untuk 
vitamin menyusu shaklee


sumber google (tak ingat )

  • Share:

You Might Also Like

0 orang berborak di sini!