OsteMatrix - Lebih Daripada Sekadar Kalsium

By Zahirah Dzahir - 4/03/2014 08:40:00 PG

Apa itu Kalsium?


Kepadatan Tulang Normal dan Osteoporosis

Kalsium adalah makro mineral iaitu mineral yang amat sangat diperlukan oleh tubuh badan kita. Fungsi utama kalsium adalah dalam pembentukan tulang dan gigi. Jika tubuh kita kekurangan kalsium akan menyebabkan pertumbuhan tulang terganggu dan mengalami masalah osteoporosis.

Tulang yang Sihat

Tulang merupakan struktur penting di dalam tubuh manusia. Ia merupakan kerangka yang menyokong berat badan dan organ utama seperti paru-paru, jantung, hati dan ginjal serta membolehkan kita menggerakkan otot-otot dan tubuh secara bebas. Mengekalkan kesihatan tulang secara optima adalah penting bagi mendapatkan kesihatan optima menyeluruh.

Kepadatan Kalsium Bergantung dengan umur


Graph di atas menunjukkan bahawa kepadatan kalsium lelaki dan perempuan semakin berkurang dgn usia kita meningkat. Kepadatan kalsium paling tinggi untuk kita ialah dalam umur 30, lepas umur 40 kepadatan kalsium akan turun mendadak. Kepadatan kalsium wanita akan turun lebih banyak daripada lelaki bermula daripada umur 45 disebabkanmenopause.

Berdasarkan info di atas, golongan mana yang perlukan kalsium? Wanita?Orang tua? Jawapannya ialah semua golongan memerlukan bekalan kalsium. Berdasarkan Recommended Daily Allowance (RDA) USA, tubuh badan kita perlukan kalsium seperti berikut:
  • Kanak-kanak 800 mg 
  • Remaja 1200 mg 
  • Dewasa 1000 mg 
  • Ibu Hamil & menyusu 1200 mg 
  • Usia lanjut & menopause 1200 mg 

Tanda-tanda Kekurangan kalsium dalam tubuh badan kita:



1) pada otot dan saraf:
  • Kebas dan rasa yang mencucuk keliling mulut, jari-jari tangan dan kaki. 
  • Kejang otot 
  • Wheezing(pernafasan berdehit) 
  • Susah menelan 
  • Suara berubah akibat laryngospasm 
2) pada saraf sahaja :
  • Mudah marah, terjejas keupayaan intelektual, kemurungan, dan perubahan personaliti 
  • Letih 
  • Sawan 
  • Lain-lain pergerakan yang tidak terkawal 
3) pada jantung:
  • Sesak nafas 
  • Tanda-tanda lemah jantung dan cepat penat 
4) pada kulit, rambut dan kuku:
  • Rambut kasar 
  • kuku rapuh 
  • Psoriasis (sakit kulit) 
  • Kulit kering 
5) Tanda-tanda kekurangan kalsium secara umum:
  • Kekejangan atau "kram" otot 
  • sukar/susah nak tidur 
  • Perasaan berdebar-debar 
  • Eczema (penyakit kulit) 
  • Rapuh kuku 
  • Sakit Sendi 
  • Tekanan darah tinggi 
  • Gigi reput 
  • Paras Kolestrol tinggi 
  • Kebas-kebas kaki dan tangan 
  • Rheumatiod arthritis 
  • Rickets 

Manfaat Utama Kalsium:


Menguatkan Tulang - Kalsium menghalang osteoporosis, menguatkan kuku, kerangka, gigi, dan sistem saraf. Ia juga merawat tulang retak, ostermalacia (rickets dewasa), kuku rapuh, eczema, konvulsi/kekejangan, gusi berdarah dan merangsang darah untuk memekat. 

Memperbaiki kekejangan dan kebas-kebas - Pengambilan 600mg kalsium sebelum tidur akan memperbaiki kebas-kebas, kekejangan, sakit sendi dan artritis. 

Meringankan stres - Ianya mengimbangi tekanan darah; memelihara deyutan jantung, impuls saraf, penenang saraf; menggalakkan tidur selesa; memperbaiki jantung berdebar; gementar, mimpi buruk dan stres. Juga memperbaiki depresi, mood swing, sakit kepala dan pitam. 

Memperbaiki masalah haid - Kajian menunjukkan dengan pengambilan 1000mg kalsium dan magnesium serentak meringankan sakit waktu haid dan membantu membuang air kecil. 

Pengalkalian tubuh - Kalsium adalah mineral alkalin, dan ianya berkesan memastikan imbangan pH tubuh. Ianya juga mengalang obesiti diwaktu umur tua. Tambahan pula kalsium membantu sel menyerap nutrient dan merangsang detoksifikasi.
Memperbaiki hiperaktiviti perut dan sakit gastrik

Tahuka anda gabungan kalsium + magnesium + vitamin D memberikan kesihatan yang maximum kepada kita?

Magnesium - Ini adalah ion positif no.2 penting di dalam tubuh kita. Ianya menggalakkan komposisi tulang dan rawan. Membantu sistem saraf, mengaktifkan enzim tubuh untuk menghasilkan tenaga, pengecutan saraf dan otot, menstabilkan denyutan tidak sekata pesakit jantung, memudahkan rembesan keluar sisa dari perut dan usus; menghalang endapan kalsium; melarut dan mengurangkan formasi batu karang atau batu hempedu. Ianya juga penting untuk mereka yang mempunyai masalah fluktuasi glukos. 

Vitamin D - Dinamakan sebagai vitamin D pada 1916 bila didapati ia mampu merawat penyakit rickets. Ia meningkatkan penyerapan kalsium dan fosforus untuk meninggikan ketumpatan tulang, menguatkan kerangka, memperbaiki penyakit periodontal. Vegetarian, yang kurang terdedah pada matahari sewaktu musim panas, individu melebihi 55 tahun, wanita hamil dan kanak-kanak perlu mengambil supplemen vitamin D. 

Zink, Boron, Manganes, kuprum - Memelihari metabolism kerangka dan pertumbuhan otot, menyusun enzim yang diperlukan untuk membaiki tulang, rawan dan menghalang artritis.

Bagaimana memilih kalsium premium?
  • Pilih produk yang ada vitamin D dan magnesium 
  • Elakkan produk yang dibuat dari tulang dan dolomite untuk mengelak keracunan plumbum. 
  • Elakkan mineral chelated kerana proses tersebut boleh menyebabkan tubuh menyerap logam berat tercemar dan toksin dalam proses menyerap mineral. 
__________________________________________________


OsteMatrix™ - Lebih daripada Sekadar Kalsium

Hanya kalsium tidak cukup untuk kesihatan tulang kita. Shaklee memberikan OsteMatrix yang unik, di mana ia mengandungi kalsium, magnesium, vitamin D, zink, copper, manganese dan boron untuk membina dan mengekalkan tulang yang sihat. Apa yang menjadikan OsteMatrix Shaklee luar biasa daripada produk kalsium di market?
Combinasi daripada 3 jenis sumber kalsium semulajadi yang mudah diserap: 
Calsium Carbonate, Calcium Citrate, dan Calsium Citrate Malate 

Magnesium membantu mengasimilasikan kalsium ke dalam tulang dan menguatkannya 
Vitamin D untuk merangsangkan penyerapan kalsium 

Zink, Manganes, dan kuprum mengaktifkan enzim yang membantu dalam pembinaan kepadatan tulang 

Caplets mudah ditelan 


Terbukti secara klinikal Ostematrix dapat diserap oleh tubuh kita dengan berkesan.
Graf di atas menunjukkan kepentigan setiap kandungan dalam OsteMatrix. Untuk membina sebuah bangunan yang kukuh, kita perlukan bahan-bahan seperti simen, pasir kasar, pasir halus, bata merah, batu aggregate, pekerja, alat-alat dan mesin khas. Kekurangan salah satu bahan akan menyebabkan bangunan tersebut tidak kukuh. Sama juga dengan pembinaan tulang kita, kalsium perlukan agen-agen tertentu untuk membawa kalsium ke tulang, meningkatkan penyerapan, agen pelekat supaya kalsium dapat membina dengan kuat.

Cadangan:
Untuk pemeliharaan kesihatan : 2 kali sehari, 2 tablet setiap kali (Lepas makan)

Konsultasi secara EKSKLUSIF & hubungi saya untuk dapatkan HARGA ISTIMEWA khas untuk anda.
Berminat nak cuba @ Nak order vitamin Shaklee dengan saya ? info..produk menarik..harga menarik yang sememangnya berbaloi..cod Area Alor Setar, Jitra, k/nerang, Pendang dan sekitar dengannya..by pos utk seluruh negeri..bolehlah hubungi :


Zahirah Dzahir / ID NO 941273 / 013-3240344 ( SMS/WHATSAPP)
ieradzahir@yahoo.com | Mummy Iera Vitta Shoppe

 * Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos,merawat, menyembuh sebrang penyakit. ia hanyalah makanan tambahan untuk kesihatan.Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar perubatan.
* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration

  • Share:

You Might Also Like

0 orang berborak di sini!