Bagaimana Cara Berpantang Bersalin Pembedahan/Caeserean

By Zahirah Dzahir - 4/28/2014 05:40:00 PTG

Saya bersalin ketiga tiga anak saya melalui pembedahan, si abang dan si kembar. Entri sebelum ni pun saya dah post tentang tajuk ni. Tak salahkan jika saya ceritakan lagi tentang tajuk ni. saya nak kongsikan pengalaman saya berpantang dan saya pun cari lagi tajuk tentang berpantang selepas pembedahan ni.
Jadi saya jumpa blog http://bondashmiza.blogspot.com/. saya kongsikan maklumat dari blog beliau..ok..

Berpantang selepas bersalin secara pembedahan atau caeserean ni tidaklah banyak perbezaan dengan berpantang selepas bersalin secara normal.

Selepas tempoh kehamilan 40 minggu dan proses bersalin, tubuh kita memerlukan masa untuk pulih dari sebarang luka dan menstabilkan kembali paras hormon badan. Proses pemulihan bersalin secara pembedahan memakan masa yang lebih panjang jika dibandingkan dengan orang bersalin normal. Jadi sebelum bersalin, kita dah boleh memilih untuk berpantang secara moden atau tradisional.





Berpantang selepas bersalin, kita ada 3 pilihan sebenarnya,

Berpantang secara moden
Berpantang secara tradisional
Berpantang mengikut dua-dua kaedah di atas.

Maklumat awal yang kita perlu tahu :

Jenis diet / pengambilan makanan seimbang semasa berpantang

  • Senaman
  • Penyusuan
  • Bengkung yang sesuai
  • Sokongan moral
Jika kita memilih untuk berpantang secara tradisional pula, kita akan buat semua ni:
  • Berurut
  • Mandi air rebusan
  • Bertungku
  • Bertangas
  • Berbengkung / barut
  • Pilis & param
Tempoh berpantang biasanya adalah selama 44 hari bagi masyarakat Melayu..namun ada juga yang berpantang sehingga 100 hari, itu semua pilihan masing-masing. Okeh, berbalik kepada penjagaan semasa berpantang setelah bersalin secara pembedahan, antara yang perlu dititikberatkan adalah :

1. Mandi :
Mandi tidak menjadi masalah, biasanya semasa di hospital, badan kita hanya akan dilap dengan tuala sehingga bersih oleh pembantu / jururawat kerana pada waktu awal bersalin, kita tidak mampu untuk bergerak banyak. 

Setelah pulang ke rumah, kita perlulah mandi. Kita perlukan pastikan tempat luka pembedahan itu dilap kering stelah kita mandi. Penting untuk pastikan luka tersebut kekal kering sepanjang masa.. (jika tidak dijaga dengan baik, boleh dijangkiti kuman atau bernanah). Jika nampak luka seakan kemerah-merahan dan berair, atau jahitan terbuka, cepat-cepat berjumpa doktor.

2. Diet :
Pengambilan makanan seimbang sangat penting untuk penyembuhan luka luar dan dalam. Kalau nak tahu, tiga lapisan kulit kita dalam dan luar yang dibedah tu. Oleh itu sangat penting untuk pastikan luka kita sembuh sepenuhnya. Jadi kita sangat perlu untuk ambil vitamin tambahan dan serat yang dapat bantu mempercepatkan penyembuhan luka. Saya amalkan suplemen Shaklee. Memang rasa lebih sihat dan bertenaga.
Perlukan serat dan air yang mencukupi tau.. kalau tidak nanti, sembelit pula.. tahu-tahu ajelah, apabila dibedah ni, pergerakan kita banyak guna otot perut, jadi kalau dah sembelit, memang seksa la nanti. Kalau boleh nasi yang kita makan sebolehnya dimasak sedikit lembut. Jangan lupa ambil sayur dan buah.

Jika kita kekurangan air, kita berpotensi untuk terkena jangkitan kuman, juga boleh mendapat 'kencing kotor'.. selepas pembedahan, risiko jangkitan kuman sering berlaku pada paru-paru, air kencing, luka dan darah beku dalam kaki (deep vein) - DVT jadi, minum air mencukupi ye supaya kuman-kuman dapat dikeluarkan daripada badan.

3. Senaman :
Anggota badan perlu digerak-gerak secara perlahan-lahan, untuk galakkan peredaran darah. Dengan ini proses penyembuhan luka akan menjadi lebih cepat dan lancar. Sangat penting untuk menggerakkan kaki dan badan selepas pembedahan (pada hari kedua) supaya dapat mengelakkan DVT. (bengkak, kebas dan saluran darah tersumbat) - biasanya hari pertama, kita digalakkan untuk berehat di atas katil sahaja.

Senaman kegel / kemutan amat digalakkan kerana selepas bersalin, otot faraj akan menjadi lemah. Senaman ini akan membantu untuk menguatkan kembali otot tersebut termasuk lantai pelvik dan mengurangkkan risiko rahim jatuh.

4. Menyusu
Seawal kelahiran semasa di bilik bedah lagi, nurse akan minta untuk kita susukan bayi, atau diletakkan bayi pada badan ibu, selama lebih kurang 30 minit. Tujuannya adalah untuk memastikan bayi mengecam bau ibu dan menggalakkan penyusuan ibu.

kesakitan akibat pembedahan sepatutnya tidak menjadi penghalang penyusuan ibu. Jadi sebolehnya carilah posisi yang selesa atau minta seseorang membantu takkala nak menyusukan bayi. Sememangkan sakit dan tidak dapat bergerak pada awal-awal pembedahan.. Tapi kita perlu sedar susu terbaik untuk bayi adalah susu ibu. Menyusu akan mempercepatkan pengecutan rahim

5. Bengkung
Sebelum berbengkung, perlu pastikan jenis kain yang digunakan itu menyerap peluh atau tidak. Bahagian luka tersebut perlukan pengudaraan yang baik. Biasanya pemakaian bengkung adalah selepas 2 minggu, atau yakin luka bahagian luar telah kering dan tiada rasa sakit yang ketara ketika memakai bengkung. Bengkung perlu kerap dibuka dan pastikan bahagian luka tidak tergesel dengan bengkung. Untuk selamat, alas bahagian luka dengan kain lembut sebelum memakai bengkung.

Saya lebih suka memakai bengkung strap, lebih mudah ditanggalkan. tapi saya sekalikan juga dengan bengkung lilit v. Saya beli murah ja dalam RM35 macam tu. Sehelai lagi saya jahit sendiri. Jadi saya dapat 4 pasang bengkung, bolehlah ditukar-tukar. Ya, memang perlu ada bengkung lebih dari satu, supaya boleh dicuci dan mengelakkan jangkitan kuman, kan kita akan berpeluh. Namun semuanya terpulang kepada pilihan masing-masing..

6. Sokongan moral
Bersalin secara pembedahan memang memakan masa untuk sembuh berbanding besalin secara normal. Oleh itu, sokongan moral dan bantuan keluarga amat penting. Apabila badan kita lemah, kita akan lebih banyak berehat, tambahan lagi, pada awal bersalin, kita tidak akan mampu untuk membuat sebarang pekerjaan dan tidak digalakkan untuk bergerak secara berlebihan. Yang paling penting, perlu tahu, perubahan hormon dalam badan kita akan naik turun secara drastik.. Jadi emosi kita akan tidak stabil dan cepat beremosi. Jika rasa tertekan atau sedih, berkongsilah perasaan tersebut dengan suami. Perubahan emosi naik turun boleh mengganggu ibu dan bayi jika tidak dikawal dan ditangani bersama dengan pasangan kita.

Note : jamu tidak digalakkan untuk diambil oleh ibu yang bersalin secara pembedahan. Biasanya makanlah jamu selepas sebulan. Jamu menyebabkan luka lambat sembuh sebab kandungan herbanya yang tertentu yang melambatkan penyembuhan luka. 

Pengalaman saya sendiri pun lebih kurang sama jgak. cuma masa ceazer anak yang sulung mmg x dak lansung pengetahuan ttng kelahiran ceazer. Nak bergerak pun takut jahitan terbuka. Bila masuk yang kembar ni, saya boleh hadapi dgn baik dan elok. Bila jaga pemakanan, dalam masa 2-3 saya dah boleh buat kerja sikit2..Takkan nak rehat ja..mesti kena gerak gak.

Bila dah ada pengalaman bersalin ceazer ni kita takkan rasa cemas dan kita boleh hadapi perkara ni semasa berpantang.

  • Share:

You Might Also Like

0 orang berborak di sini!