13 Sebab Pembedahan Caesarean Bagi Ibu Hamil

By Zahirah Dzahir - 10/18/2019 11:49:00 PTG

Ibu mengandung lazimnya mengimpikan untuk melahirkan zuriat yang dikandungnya secara normal. Namun begitu tidak semua yang dikurniakan pengalaman bersalin normal. Ada sebahagian ibu mengandung yang telah dimaklumkan dari awal oleh ‘gynae’ yang mereka perlu menjalani Pembedahan Caesarean. Manakala sebahagian lagi pula terpaksa di bedah pada saat-saat akhir.



Golongan Ibu ini selalunya didapati mampu untuk melahirkan anak secara normal tetapi atas sebab-sebab tertentu ‘gynae’ terpaksa mengambil keputusan untuk melakukan pembedahan. Ini bertujuan untuk menyelamatkan nyawa ibu dan bayi yang dikandung. 

Saya juga mengalami pengalaman melahirkan anak secara pembedahan sebanyak 3 kali.
Anak yang sulung 'Plasenta pravia', Yang kedua masalah jga dan yg ke 3 kandungan kembar.

Pertama kali tu rasa takut dan panik. Walaupun dah 3 kali lalui pembedahan ni perasaan takut tu tetap ada.

Mari kita baca punca-punca yang menyebabkan Pembedahan Caesarean terpaksa dijalankan.

1. Caesarean Ulangan – Pembedahan Caesarean terpaksa dijalankan kerana sejarah kelahiran terdahulu yang menggunakan kaedah pembedahan sebanyak 2 kali atau lebih.

2. Jangkitan -Ibu-ibu yang memiliki masalah kesihatan yang berisiko tinggi untuk dijangkiti kepada bayi yang bakal dilahirkan akan disarankan untuk memilih kaedah pembedahan.

3. Trauma – Sebilangan ibu yang trauma dengan proses kelahiran normal dahulu akan lebih cenderung untuk memilih kaedah pembedahan.

4. Posisi bayi – Bayi yang berposisi melintang atau songsang berisiko untuk mengalami masalah semasa proses kelahiran normal.

5. Praeklampsia/eklampsia – Ibu mengandung yang mengalami praeklampsia/eklampsia yang agak teruk akan disarankan untuk melahirkan secara pembedahan.

6. Tidak Membesar – Ibu mengandung akan disarankan untuk melahirkan secara pembedahan kerana bayi tidak membesar seperti yang sepatutnya.

7. Komplikasi penyakit – Sekiranya anda menghidap penyakit-penyakit yang berisiko tinggi seperti kencing manis dan darah tinggi, anda akan diminta melahirkan secara pembedahan lebih awal daripada tarikh jangkaan bersalin anda untuk mengelakkan sebarang perkara yang tidak diingini.

8. Plasenta pravia – ‘Gynae’ akan kan anda untuk bersalin secara pembedahan jika uri anda berada di bawah.

9. Kandungan kembar – Majoriti kelahiran kembar perlu melalui kaedah pembedahan kerana ianya adalah berisiko tinggi.

10. Kematian bayi terdahulu – Jika anda mempunyai sejarah kematian bayi terdahulu samada sebelum atau semasa proses kelahiran, anda akan disaranakn untuk melahirkan secara pembedahan.

11. Masalah tali pusat – Pembedahan merupakan pilihan di saat-saat akhir kerana bayi anda berisiko untuk terputus bekalan oksigen semasa proses kelahiran.

12. Terlalu lama – Proses kelahiran yang terlalu lama boleh menyebabkan bayi anda lemas.

13. Kegagalan bantuan pelahiran – Sekiranya kaedah alat bantuan seperti vakum atau forsep tidak berjaya membantu, anda akan terpaksa dibedah.

Memang ramai yang takut untuk melalui proses pembedahan Caesarean tapi percayalah ianya adalah demi kebaikan anda dan bayi anda juga.Yang paling penting anda dan bayi selamat.
 

Sahring is caring

  • Share:

You Might Also Like

0 orang berborak di sini!