Pilih Breastpump Yang Sesuai dengan Kita

By Zahirah Dzahir - 12/18/2013 10:49:00 PTG

Antara point-point & kriteria penting kita perlu tahu tentang breast pump:

1) Range harga
Breast pump boleh dibeli dari harga RM20 sehingga beribu. Tak semestinya beli pam beribu, susu dapat banyak. Mana2 pam sama sahaja. Cuma pastikan, ia selesa, tak menyakitkan, suction macam baby yang sedang menghisap n senang nak bawa ke mana2. Lebih mudah jika kita survey dulu harga dan beli ikut bajet anda.

2) Jenis breast pump
Ada banyak jenis breast pump. Tapi selalunya ada 4 iaitu manual, battery-operated, electric & battery+electric operated.
  • Manual:    Kita pump sendiri .Tapi harga murah dari yang lain. Sesuai untuk yang pam kadang-kadang, jarang-jarang. Selalunya, ada single pumping sahaja.
  • Battery-operated:  Breast pump yang menggunakan battery yang rechargeable. Kena pastikan jangka hayat untuk battery berapa lama dia mampu bertahan
  • Electric:   Pump yang menggunakan electric. Mudah & tidak memenatkan. Perlu ada electric source. Kemudian plug in & pam la sambil tengok tv ke buat keje ke.
  • Battery+electric operated:   Pump yang ada dual function, boleh pakai electric & boleh pakai battery yang rechargeable. Ini mungkin breast pump yang menjadi idaman ramai ibu-ibu.

3) Single atau Double pumping


  • Single pumping maksudnya breast pump tu hanya boleh pam salah satu dari breast dalam satu masa. Kiranya kena gilir-gilir. Manual biasanya adalah single pumping mana kala ada juga single pumping dalam jenis battery-operated, electric & battery+electric operated. Ada juga single pumping yang boleh di-upgrade menjadi double pumping.
  • Double pumping maksudnya breast pump tu mampu pam serentak kedua-dua breast. Double pumping biasanya adalah dari jenis breast pump electric & battery operated.

4) Brand breast pump
Antaranya Medela, Avent, Spectra, Modu, Nuby, Tommi Tippee, Ameda, Unimom, Anakku, Pureen. Antara yang famous tentulah Medela, Avent & Spectra.

5) Jenis sedutan
Jenis sedutan atau suction ni penting. Di sini kita boleh baca review & pengalaman orang lain. Breast pump electric biasanya mampu selaraskan atau oter kelajuan sedutan mengikut keselesaan kita.

6) Bilangan parts
Ada breast pump yang mempunyai banyak parts & ada juga yang sedikit. Pastikan yg BPA free sebab kita pump susu untuk diminum baby. Pastikan spare part mudah untuk dicari supaya senang untuk menggantikan jika ada part yang hilang atau rosak. Breast pump jenis manual kebiasaannya mempunyai parts yang sedikit berbanding breast pump jenis lain. Breast pump jenis electric & battery operated juga perlu dihantar service. Penting adanya warranty dalam membeli sesebuah breast pump.

7) Size & Berat 
Size & berat sesebuah breast pump juga berbeza. Macam biasa, ada yang ringan, ada yang berat, ada yang kecik, ada yang besar . Bagi yang selalu travel & membawa jalan rata tempat lebih-lebih lagi ibu bekerja, haruslah consider breast pump yang ringan, kecil & mudah untuk dibawa.

8) Ketahanan pam
Dicadangkan, cari pam yang tahan lasak serta motornya tahan untuk sesi pengepaman yang kerap. Biasalah ibu menyusu yang bekerjaya sudah pastinya akan lebih kerap mengepam berbanding dengan ibu yang tidak bekerja. Kerana stok susu sangat2 diperlukan bagi ibu yang bekerja serta kerap keluar berkursus. Boleh rujuk pada jurujual dan tanya betul2 pam mana yang jarang mengalami kerosakan motor dan sebagainya.

9) Keselesaan
Pastikan, corong pam yang akan dilekapkan ke atas breast kita, mempunyai alas getah yang lembut serta selesa. Lebih baik, corong pam yang mempunyai pelbagai saiz. Disebabkan, kita semua ni unik, ada pelbagai saiz. Tetapi kebiasaannya, corong sedia ada dijual telah pun direka dalam saiz FREE SAIZ

10) Mobility
Pilihla pam yang rasa selesa n flexible untuk dibawa ke sana ke mari.Ni kalau beli set pam yang terlampau banyak compartmentnya.


kita takkan tahu breast pump mana yang bagus & sesuai dengan kita selagi belum cuba. Mungkin yang tak sesuai dengan orang lain, yang tu yang berkesan kan kita. So kita boleh cari ikut keperluan & kesesuaian kita berdasarkan kriteria breast pump tu & pendapat dari orang lain yang .

  • Share:

You Might Also Like

0 orang berborak di sini!