Persaingan Anak Kembar

By Zahirah Dzahir - 12/23/2013 09:02:00 PTG

Assalamualaikum..


Mempunyai anak kembar memang menyeronokkan. Apa tidaknya kita boleh melihat dua telatah dan kerenah berbeza di kalangan dua orang yang berwajah seiras atau berlainan jantina.
Namun demikian biasanya anak-anak kembar mempunyai kerenah yang berbeza. Masing-masing punya karektor berlainan. Paling memeningkan kepala papa dan mama apabila si kembar sudah pandai bersaing antara satu sama lain demi mendapatkan perhatian anda.
Apabila si kakak duduk di atas riba mama, adik yang sedang bermain segera meluru untuk turut duduk sama di riba. Ada kalanya mereka saling bertolak antara satu sama lain demi mendapat tempat.
Ketahuilah bahawa anak kecil memang bersikap sedemikian. Ini kerana mereka masih belum lagi mengerti istilah tolak ansur dan bekerjasama. Tetapi sudah memiliki sifat ingin tahu, sayang dan cemburu.
Oleh sebab itu, mereka berkelakuan sedemikian. Untuk pengetahuan, ada juga anak kecil yang terlalu pendiam dan pasif. Perbezaan ini menunjukkan temperament atau personaliti anak-anak semasa kecil yang menjadi kayu ukur personaliti anak-anak apabila mereka membesar kelak.
Kalau terlalu pasif juga membimbangkan. ‘Pergaduhan sayang’  ini hanya sementara sehingga mereka besar nanti. Tegurlah dan belailah mereka dengan mesra.
Didik mereka dengan kata-kata yang penuh bermakna dan bukannya dengan meninggikan suara. Berikan contoh-contoh yang baik kepada mereka agar membesar dalam persekitaran yang sihat.
pa n ma

  • Share:

You Might Also Like

0 orang berborak di sini!