#Throwback - Pantai Merdeka 2012

By Zahirah Dzahir - 12/22/2013 06:28:00 PTG

Pantai Merdeka merupakan pantai percutian yang terletak di tanah besar negeri Kedah. Pantai Merdeka terletak di Daerah Kuala Muda, 60 km ke selatan Alor Setar.
Pantai Merdeka terkenal sebagai pantai percutian dan perkelahan bagi penduduk tempatan dan negeri-negeri berdekatan seperti Pulau Pinang dan Perak Utara. Kemudahan-kemudahan yang terdapat di sini termasuklah rumah penginapan calet, rumah rehat, tempat perkhemahan, kolam renang dan tempat-tempat makan.
Berhampiran dengan pantai tersebut terdapat perkampungan nelayan seperti Tanjung Dawai, Telok Nipah dan Kampung Pulau Sayak yang juga menjadi tempat tarikan pelancong terutamanya pada hujung minggu.

agak lama juga saya x berkesempatan pegi Pantai Merdeka. Mr Hubby x dak coti. So..saya kongsi je pic tahun lepas pegi bersama keluarga. Harga bilik dalam RM100 ke atas dan mcam biasa kalau hari cuti skolah, umum harga lebih mahal sikit.. Kat situ juga terdapat medan selera,gerai rojak dan pelbagai lagi disini (luar resort,depan pantai).
Di resort ni ada kolam renang,kafe dan gazebo,sgt sesuai buat untuk sesiapa yang ingin buat family day atau BBq.














- mummy ira -

  • Share:

You Might Also Like

0 orang berborak di sini!