Cara Isi Borang BR1M Secara Online

By Zahirah Dzahir - 12/26/2013 06:40:00 PTG

Khusus bagi yang masih kabur bagaimana cara untuk update maklumat (bagi yang telah membuat permohonan tahun sebelum ) dan juga panduan mengisi borang permohonan BR1M ( bagi yang baru pertama kali memohon ) secara online .

Cara mengisi borang permohonan Bantuan Rakyat 1Malaysia secara atas talian seperti dibawah ;

A. Cara mengemas kini ( update ) maklumat bagi pemohon terdahulu


1. Lawat laman web ebr1m.hasil.gov.my


2. Masukkan No.MyKad / IC dan tarikh lahir, kemudian klik “Kemas kini permohonan BR1M 2.0”




3. Pilih  “Maklumat bank”.




4. Masukkan Nama bank dan No. Akaun bank.




5. Selepas anda mengisi spam prevention code akan keluar pop-up masej seperti dibawah.




6. Sekiranya maklumat anda betul, permohonan anda akan berjaya.




7. Sila cetak borang dengan menekan pada butang ‘cetak’ yang terlatak di bahagian bawah sebelah kanan.







B. Permohonan Baru.


Bagi pemohon baru.


1. Lawat laman web ebr1m.hasil.gov.my


2. Isikn maklumat yang diminta kemudian tekan butang “Permohonan Baru”


(Pastikan No. MyKad dan tarikh lahir sepadan)





3. Isi maklumat yang diminta. eg. parlimen : Masjid tanah. DUN : Tanjung Bidara.





4. Isikan maklumat peribadi bahagian 2 untuk  ‘tanggungan’. Bahagian tanggungan boleh ditambah atau dikurangkan baris mengikut bilangan yang diperlukan. Sekiranya tiada pendapatan lagi hanya isikan  ‘sendiri’  dengan  RM0.00.





5.  Pastikan semua maklumat yang diberi adalah betul terutama alamat rumah dan no. Akaun bank. Tanda dibahagian setuju untuk teruskan urusan.





6. Akan keluar mesej pop up “Permohonan Anda Telah Berjaya Dihantar”.


7. Pastikan anda cetak borang setelah selesai atau boleh juga simpan ( save ) dahulu borang ( dgn cara right click atau guna CTRL + S ) untuk dicetak kemudian.




Sumber : br1m3.comxc &http://www.sumarz.com/


- mummy ira -

  • Share:

You Might Also Like

0 orang berborak di sini!